Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Oh! Ramadhan


Apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa anak bulan Ramadhan kelihatan, maka sahlah esok satu Ramadhan, maka pasanglah niat puasa untuk esok hari dan lebih baik lagi niat untuk sebulan penuh. Maklumlah, kita manusia yang mudah lupa. Jangan buat-buat lupa niat sebab niat is very important terutama bagi ibadah-ibadah yang wajib seperti sembahyang, puasa, zakat dan seumpamanya.

Dah tahu nak puasa, janganlah duduk melepak lagi. Bangunlah! Bangunlah wahai pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara. Bangunlah untuk bersembahyang Isya' berjemaah di masjid dan di surau-surau yang berhampiran. Kalau anda ingin menambah kebaikan di bulan yang mulia ini, ajaklah bersama persatuan Belia, RELA, NGO....untukbertarawih dan moreh beramai-ramai. Bukan apa, ini adalah untuk memeriahkan lagi Ramadhan yang disambut setahun sekali. Yang penting, jangan riak dan takabur. Jika warga tua boleh buat tarawih 20 rakaat, kita yang muda ni? Tentu lagi hebat la. Subhanal malikil ma'bud! Sallallah... wasallam alaih! Seronoknya nak sambut ramadhan ni!

Semasa di masjid terutama semasa berbuka dan moreh, ambil peluang beramah mesra dengan orang-orang kampungsupaya kasih sayang yang sudah lama terjalin semakin kuat bertaut. Jangan malu dan segan untuk refer subjek puasa dengan pak imam kampung anda. Nanti tangan dia lah yang anda jamah sewaktu majlis akad nikah.

Ambil masa untuk buat mesyuarat dengan mak, abah, kak long, kak chik, dan siapa saja yang ada kat rumah macam mana nak set time bangkit bersahur. Tapi la ni banyak orang yang malas bersahur. Mengantuk lah... mak ayah makan dulu lah... tak sahur pun boleh puasa juga lah... Sahur ni kedudukannya sunat. Kalau tak nak dan tak larat nak jamah nasi semalam, jamahlah air suam segelas dan kurma atau cucur badak sebiji dua. Ulama ada berkata, pahala amalan sunat dibulan Ramadhan ini sama dengan satu pahala amalan wajib, manakala satu amalanwajib dibulan berkat ini pula pahalanya sama dengan 70 amalan wajib di bulan-bulan yang lain. Ingat pula pada sabda nabi yang bermaksud, pada sahur itu ada keberkatannya.

Di siang bulan ramadhan, janganlah asyik memproses taik mata saja. Banyak lagi benda lain yang lebih bermanfaat yang boleh dibuat. Yang eloknya, tanamlah azamuntuk mengkhatamkan al-Quran. Kalau rasa takterdaya, bacalah Muqaddam ataupun start belajar membaca al-Quran. Mesti berkat punya....! Masakan tidak. Dibulan inilah Quran diturunkan. Semoga azam dan harapan di bulan Ramadhan ini membuahkan hasil.

Puasa bukan setakat hanya lapar dan dahaga. Ia ada banyak tuntutan. Dalam erti kata lain, mata, telinga dan seluruh anggota termasuk jari telunjuk anda pun wajib berpuasa. Jari telunjuk jangan dibiarkan memasuki mana-mana rongga. Kalaupun nak cuci lubang hidung atau telinga, ambillah masa malamnya. Kalau tida, sia-sialah 12 jam menahan lapar dan dahaga. Hati dan fikiranpun mesti dijaga. Jangan terbawa-bawa perasaan dengki, dendam dan jahat sangka. Jika ada sesiapa yang terbuat salah dan silap pada anda, bersabar dan tahan-tahanlah marah. Ingat-ingatkan diri anda berapa kilo dah gamaknya kekasaran anda yang orang boleh maafkan.

Time nak buka pun perlu berjaga-jaga...sesaat awal kita berbuka, habis lingkup sehari puasa. Satu lagi, pesan-pesan pada mak, pada kak long yang sediakan juadah berbuka puasa, satu dua jenis lauk cukup lah. Masak banyak-banyak pun bukannya habis. Malam nanti nak bermoreh lagi disurau atau masjid. Tapi kalau berlebih masak pun tiada salahnya. Boleh diagihkan pada jiran tetangga untuk eratkan lagi silaturrahim.

Berbuka puasa adalah masa yang amat dinanti. Inilah masanya ada orang yang nak ganti balik sarapan pagi dan makan tengahari. Makan sampai tak nampak orang yang ada di kiri dan kanan. Ishhh! Janganlah buat macam tu kawan-kawan. Buruk benonampak dek orang. Karang tak ada orang yang nak buat menantu barulah terasa malang. Kalau dah makan, macam masuk pertandingan. Sembahyang Maghrib, Isyak Tarawih dan Subuh kalau tak terkorban, mungkin disatukan. Kalau nak makan juga, cuba ambil masa lepas tarawih nanti. Kan cantik! Allah tak mahu kita jadi orang yang rakus dan tamak. Bagi ruang satu pertiga untuk makan, satu pertiga untuk minum dan sepertiga untuk pernafasan (udara)

Jadi meh kita berpuasa dengan sebaik-baiknya kerana tidak ada siapapun yang membuat perjanjian dengan Tuhan boleh tonggah langit sampai Ramadhan tahun depan. Ampun maaf, jumpa lagi....insyallah..
Allahu a'lam.

No comments: