Monday, June 13, 2011

LELAKI DAN PEREMPUAN

Bergema di serata benua bahawa setiap makhluk yang bergelar manusia, punya rasa cinta..
Tiada seorang pun yang dapat lepas darinya.

Selagi mana mereka mempunyai hati dan nafsu,
Selagi itulah cinta abadi dalam jiwa mereka;
Kerana hati tempat bertapaknya cinta,
Kerana nafsu sebagai perhiasannya,
Mekarnya cinta kerana hati,
Indahnya cinta kerana nafsu.

Lelaki yang baik tidak mencari perempuan sebagai bakal isteri
Apa yang mereka cari adalah bakal ibu untuk anak-anak mereka
Bagi melahirkan generasi yang digilang taqwa
Bertangan lembut menggegar dunia
Bersuara lunak mendidik dan memelihara
Yang mampu memupuk bukan sekadar kasih sayang
Bahkan satu kekuatan yang bisa mengubah dunia..

Perempuan yang baik tidak memilih lelaki berdasarkan rupa dan personaliti.
Bukan rasa cinta dan manisnya madah bicara.
Apa yang mereka pilih adalah jiwa yang bersenandungkan cinta Allah
Merekalah pemimpin keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah
Suara bertempikkan kebenaran
Wajah berseri penuh keimanan
Hati murni penuh ketulusan.

Andai lelaki dan perempuan ini bersatu,
Kalimah yang agung diseru-seru..

Dunia bukan lagi taruhan,
Akhirat jadi pilihan,
Nada perjuangan bertebaran,
Menyelusuri segenap hati insan,
Melahirkan jiwa yang mendamaikan,
Mengingatkan kembali fitrah seorang insan,
Cinta atas nama Tuhan..