MAN ANA


Pengenalan:

Nama yang ditakdirkan Allah yang termaktub di Luh Mahfuz adalah Siti Saidatun Nafisah Bt Ab Hamid.

Walau bagaimana sedap nama tersebut, saya masih mempunyai nama panggilan yang banyak. (membuktikan banyak orang yang suka memanggil saya.. heheh..) seperti Siti, Saidah, Atun, Nafisah, Nefy... dan yang terbaru sekali.. Mia (so sweet...huk3)

Melahirkan diri di Hospital Batu Pahat yang menjadikan saya sebagai anak jati Johor yang layak menerima apa-apa bantuan dari kerajaan Johor (harap maklum!)

Seorang yang 'cute luking' dan 'gembira pergi bertuah' (happy go lucky).
Sangat pendiam apabila belum dikenali dan sangat sebaliknya setelah dikenali.
Terbuka untuk berkongsi ilmu yang cetek dan pengalaman yang kurang garam.
Dan yang terakhir, seorang yang tidak sempurna...


Pendidikan:

Mendapat pendidikan awal di rumah. Mula menyebut perkataan Allah, mak dan abah, hasil latih tubi selama 3 bulan (hehh)

Kemudian bertadika di Tadika Al-Arqam. Alhamdulillah, tiada pelajaran yang sesat melainkan yang benar-benar belaka.. (masih pengikut ahli sunnah wal jamaah sehingga kini)

Seterusnya bersekolah di sekolah kebangsaan.. berjaya menamatkan UPSR dengan kecemerlangan yang sederhana.

Masuk pula ke Maahad sehingga tamat SPM dan bertukar pula Maahad yang lain untuk menduduki STAM.

Kemudian, menyambung ijazah di bumi USIM yang sedang membangun. Berhempas pulas menamatkan Ijazah selama 4 tahun..fuhh~

Menyambung pula pelajaran di IPGKTHO untuk diploma perguruan. Kelihatan geniusnya apabila berjaya menamatkan degree sebelum diploma.. kih3

Niat untuk menyambung master telah tersangkut dikerongkong apabila sponsor terbesar saya (abah) telah kembali ke rahmatullah (semoga dalam lindungan Allah). Masih menyimpan hajat untuk menyambung, sambil mengukur kemampuan sendiri. (mohon doanya ya..)


Kerjaya:

Sewaktu masih menjadi penuntut di USIM, sering terlibat dengan aktiviti luar seperti berkerjasama dengan NGO dan menjadi fasi sambilan di bawah beberapa konsultan.

Tamat degree di USIM, melanjutkan peluang yang ada, menjadi Assistant Trainer di Smart Excel Consultant (walaupun tak berapa lama)

Seterusnya, bermulalah kerjaya sebagai seorang Muallim di sekolah kebangsaan.. Sedang giat berusaha untuk menjadi murabbi sejati dan menghasilkan generasi Rabbani yang mampu menjadikan Syariat Islam sebagai gaya dan panduan hidup sehari-hari. Aameen....

No comments: