Sunday, August 7, 2011

Manusia, Solat & Kategorinya


Makin lama manusia hidup, makin meningkat dan banyak amalan sepatutnya. Sebab tu sekarang ramai orang yang asalnya tak solat dah mula rajin meletakkan dahinya sujud di tikar solat. Menyahut perkembangan positif ini, kita nak bagi lagi satu ilmu untuk pembaca.

Untuk pengetahuan semua, sembahyang seluruh umat manusia ni boleh kita golongkan dalam 7 peringkat. Dari ketujuh-tujuh peringlat ni, hanya 3 yang diterima Allah. Satu terpulang pada Allah dan yang lain reject habis. Sia-sia! Aduhh.. Apa? Tak payah sembahyang? Padahnya lagi besar! Tak terpikul dan kekal abadi dalam neraka. Ha, mari kita sama-sama study 7 peringkat sembahyang ni.

1- Sembahyang orang jahil:

Fardhu ain tak lulus. Sarat sah, batal, apa yang sunat, apa yang wajib dalam sembahyang pun masih tergaru-garu kepala. Lebih parah bila bersuci pun tak betul. Ambil wudhuk pun macam kambing cecah air je. Dah tau tak tau, malas pula nak menuntut ilmu. Ni diaorang sembahyang atau beramal tanpa ilmu.

HAKIKATNYA: Macam tak sembahyang, tertolak amalannya walau dia lah paling awal di saf sembahyang dan baca surah panjang-panjang.


2- Sembahyang orang lalai:

Kategori ni fardhu ain dah clear. Dah tau hukam hakam, syarat sah dan batal dalam sembahyang. Tapi, start je angkat takbir, bermula lah xpdc nye. Sekejap teringat itu, sekejap teringat ini. Kunci yang hilang pun boleh jumpa dalam sembahyang. Macam-macam dalam kepala hingga tiba-tiba je dah bagi salam kiri kanan. Selesai sembahyang, lega....!

HAKIKATNYA: Hanya fizikal yang sembahyang, tapi hati dan akalnya tidak. Kategori ni bukan Allah janji syurga, Tapi neraka Wil yang Allah janji nak bagi pada orang yang lalai dalam sembahyangnya.


3- Sembahyang sebab selain dari Allah

Kita sembahyang sebab itu perintah Tuhan. Tapi ada juga yang sembahyang sebab lain dariNya. Contohnya sembahyang sebab semua orang lain sembahyang. Sembahyang sebab bapak mertua suruh sembahyang. Sembahyang sebab nak menawan hati pengundi pilihanraya. Sembahyang sebab segan dengan member dan macam-macam sebab lagi yang jadi sebab.

HAKIKATNYA: Allah tak terima. Sembahyang selain keranaNya tertolak. Kecuali bila dah taubat dan menyesal sungguh-sungguh.


4- Sembahyang orang yang Mujahadah

Dia tahu sembahyang mesti khusyuk. Jadi dia paksa-paksa diri untuk hadirkan hati dalam sembahyangnya. Bila hati dan fikiran mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap. Jadi, sekejap khusyuk sekejap melayang. Nampak sembahyangnya macamtenang, tapi di dalamnya jenuh berperang dengan nafsu dan syaitan.

HAKIKATNYA: Terpulang pada Allah nak ampun atau di azab. Jadi kategori ini kena banyak istighfar, minta ampun dengan allah dan cuba baiki lagi ibadahnya.


5- Sembahyang orang soleh

Makna pada bacaan dihayati oleh akalnya. Dia faham apa yang diucapkan dalam sembahyang. Sebab tu fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidah. Walau fikiran tak melayang dalam sembahyang, tapi hatinya masih tak rasa nikmat.

HAKIKATNYA: Inilah sembahyang orang soleh. Paling minimum ya, yang paling minimum. Inilah yang perlu diusahakan untuk keselamatan diri di sisi Allah kerana ia yang dapat mencegah diri dari mungkar.


6- Sembahyang para wali:

Ini sembahyang yang dapat dihayati dan dinikmati rasanya. Peringkat ini, perbuatan seiring dengan faham dan penghayatan. Waktu sujud dikala bertemu anggota paling mulia ditubuh dengan tanah tempat kita pijak-pijak, hati benar-benar terasa hina. Bila rukuk terasa rendah dihadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, terasa benar-benar lemah dan mengharap.

HAKIKATNYA: Bukan saja dijamin selamat, bahkan dapat merasa nikmat sembahyang yang tak terucapkan.


7- Sembahyang para Nabi dan Rasul

Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam kebesaran dan keagungan Allah.... tak tergambarkan indah dan nikmatnya


Ok... macam mana? Tingkat yang mana sembahyang kita?

No comments: