Thursday, December 18, 2008

BILA MATA DAH MULA KABUR..

BILA RAMBUT DAH MULA GUGUR..

BILA GIGI HABIS TERABUR..

HANYA BOLEH MAKAN BUBUR..

ITU TANDA DAH NAK MASUK KUBUR.

Ustazah Norbahyah-Al Kuliah 2004

NATIJAH KEHIDUPAN KITA

Saidina Anas bin Malik r.a berkata: 8 perkara yang perlu sentiasa menjadi ingatan:

  1. Bagaimana darjatmu. Suatu hari nanti kamu akan kembali ke perut bumi.
  2. Bagaimana banyak maksiatmu. Suatu hari nanti kamu akan diazab di perut bumi.
  3. Bagaimana sekalipun gelakmu di atas muka bumi. Suatu hari nanti engkau akan menangis di perut bumi.
  4. Bagaimana engkau meneguk minuman dan makanan haram di atas muka bumi. Suatu hari kelak, ular akan memakan dagingmu di perut bumi.
  5. Bagaimana engkau himpunkan harta di atas muka bumi. Harta itu serta kamu akan hancur di dalam perut bumi.
  6. Bagaimana engkau berlagak takbur di atas muka bumi. Suatu hari nanti, engkau akan hina di perut bumi.
  7. Bagaimana engkau hidup dengan cahaya di muka bumi. Suatu hari nanti engkau akan gelita di perut bumi.
  8. Bagaimana ramainya sahabat hidupmu di muka bumi. Engkau akan berseorangan di perut bumi.

Wednesday, December 17, 2008

Cara Nabi Menegur

Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah .s.a.w untuk makan. Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata: wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan.
Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi: Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu? Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata: dahulu, kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu. Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum.