Sunday, March 21, 2010

Suami...

Terkadang, ada yang bertanya, bagaimana ciri2 suami idamanmu? Si wanita tersenyum sipu. Ingin dinyatakan apakah ciri2 yang diidamkannya, tetapi gusar jika dikatakan terlalu demand, sedangkan dirinya tidak sesempurna mana jika ingin dibandingkan dengan ciri2 yang akan disebutkan. Lalu senyuman itu kekal menjadi jawapan dibibir. Namun dihati, terukir indah ciri2 suami idamannya...


"Suamiku adalah seorang yang pemalu. Malu untuk melakukan perkara yang mungkar dan senang pula melakukan perkara yang ma’ruf. Suamiku adalah seorang yang menepati katanya. Setiap kali dia mengingatkan orang lain, maka dia bersiap pula untuk mengingatkan dirinya sendiri. Selepas itu, dia akan berusaha mengamalkan apa yang telah diserunya agar dia tidak digelar sebagai pendusta, pemberi kata2 kosong pada orang banyak, sedangkan dia sendiri tidak melakukannya. Suamiku seorang yang sangat merendah diri. Ke mana dia pergi, dia akan menundukkan mata dan kepalanya. Dia tidak malu untuk bertanya jika dia tidak mengetahui, dan tidak pula bakhil untuk menyampaikan ilmunya. Suamiku seorang yang penyayang. Tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya, dan tidak juga lupa melunaskan kewajipannya. Ke mana dia pergi, dia akan membawa hati umat bersamanya. Lalu, umat yang lainnya juga amat menyenanginya. Suamiku seorang yang menjaga pergaulannya. Tidak ingin disakiti, apatah lagi untuk menyakiti. Dijaganya adab pergaulan yang berlainan jantinanya. Sesekali bergurau senda, dikawal agar tidak berlebihan, supaya hati tidak leka daripada Tuhan".


Selepas itu, si wanita itu akan lebih tersenyum, sambil bibirnya bergerak menyebut.. "Amin Ya Allah, Amin Ya Allah, Amin Ya Allah..."

2 comments:

khaulah mujahadah said...

huuu~ nak yg macamnhh.. tapi.. anti khaulah takleh nak nakal2 lagiii hee~ alaa camner nhh muahaha (^_^) but nice n very2 nice wrote..

K.Saidah said...

haha..
teruskn kenakalanmu jk itu blh mendatangkn kebahagiaan pd dirimu dan jg org sekeliling.. -adanya aku, bahagianya org lain-
Nmn, jgn sampai kethiqahanmu hilang di dlm kenakalan itu. (^_^)