Friday, December 11, 2009

MENCARI KASUT SEJATI



Ini bukanlah sebuah kisah yang menarik. Ia sekadar buah fikiran yang tercetus diminda secara tidak sengaja…



Zaman dulu-dulu, tak ramai yang mementingkan kasut. Sedar atau tidak, anak-anak akan memakai apa sahaja jenis kasut yang dipilih oleh ibu bapa mereka. Tidak kira selesa atau tidak, sesuai atau tidak, mereka akan memakai kasut itu dengan rasa gembira dan bahagia.

Sekarang, anak-anak sudah pandai memilih kasut mereka sendiri. Kasut yang tidak sesuai atau tidak cantik di pandangan mereka, tidak akan menjadi pilihan. Ada yang memilih kasut hanya berdasarkan kecantikan luaran kasut tersebut dan bukannya dari segi kegunaan dan kesesuaian. Dilihatnya cantik, lantas ingin memiliki walaupun kasut tersebut tidak sepadan dengan kakinya sendiri.

Adapun, kisah memilih kasut itu berbagai…



Ada yang terdesak untuk memilih kasut tersebut kerana sudah tiada pilihan lain, ada yang terpaksa menahan tangis melihat kasut pilihannya diambil orang, ada juga yang memendam rasa melihat kasut pilihannya kerana ketiadaan wang untuk memiliki kasut tersebut. Ada pula yang berkenan dengan kasut tersebut tetapi tidak sesuai dengan mereka, malah kasut yang tidak disukainya pula yang sesuai dengan mereka.



Kesinambungan kisah kasut tersebut, dibawa kepada cara manusia memilih pasangan masing-masing. Dahulu, anak-anak hanya menurut kata orang tua mereka. Tidak menghiraukan bagaimana rupa orang yang ingin dipasangkan kepada mereka, mereka terima seadanya. Sekarang, anak-anak sudah pandai untuk memilih pasangan mereka sendiri. Pilihan dibuat mengikut ciri-ciri yang mereka telah tetapkan sendiri sesuai dengan selera mereka. Akhirnya, yang beruntung, berbahagia, yang kurang bernasib baik, menderita.



Adapun begitu, ada juga manusia yang hidup di zaman moden ini yang memilih untuk tidak pakai kasut?!! Anda bagaimana??

1 comment:

Unknown said...

Kesimpulannye, pakai lah selipat jepon sahaje.. hehehe