Monday, August 31, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa anak bulan Ramadhan kelihatan, maka sahlah esok satu Ramadhan. Maka pasanglah niat untuk puasa esok hari dan lebih baik lagi niat untuk sebulan penuh. Maklumlah kita ni manusia yang selalu lupa.

Dah tau esok nak puasa, janganlah duduk melepak lagi. Bangunlah! Bangunlah wahai pemuda pemudi harapan agama bangsa dan negara. Bangunlah untuk sembahyang Isya' berjemaah di masjid dan surau2 yang berhampiran. Kalau anda ingin menambah kebaikan di bulan yang mulia ini, ajaklah bersama persatuan belia, pengakap, kumpulah Hadarah kampung anda untuk bertarawih dan bermoreh beramai-ramai. Bukan apa, untuk memeriahkan lagi Ramadhan yang disambut setahun sekali. Yang penting jangan riyak dan takabur. Kalau warga tua boleh buat tarawih 20 rakaat, kita yang muda ni? Tentu lagi hebat kan! Yakin boleh! Subhanal malikil ma'bud! Seronoknya sambut Ramadhan ni!

Semasa di masjid terutama masa berbuka dan moreh, ambil peluang beramah mesra dengan orang-orang kampung supaya kasih sayang yang sudah lama terjalin semakin kuat bertaut. Jangan malu dan segan untuk refer subjek puasa dengan pak imam kampung anda. Nanti tangan dialah yang akan anda jamah waktu majlis akad nikah.

Ambil masa untuk buat mesyuarat dengan mak, abah, kak long, kak cik dan sesiapa saja yang ada di rumah, macam mana nak set time bangkit bersahur. Tapi la ni ramai yang malas nak bangun sahur. Mengantuklah..mak abah makan dulu la..tak sahur pun boleh puasa jugalah.. Sahur ni kedudukannya sunat. Kalau tak nak dan tak larat nak jamah nasi, jamahlah air suam segelas dan kurma atau cucur badak sebiji dua. Ulama' ada berkata, 'pahala amalan sunat di bulan Ramadhan ni sama dengan pahala satu amalan wajib. Manakala satu amalan wajib, pahalanya sama dengan 70 amalan wajib di bulan2 yang lain. Ingatlah balik pada pesanan nabi, "pada sahur itu ada keberkatannya".

Di siang bulan Ramadhan, janganlah asyik memproses tahi mata saja. Banyak lagi benda lain yang lebih bermanfaat yang boleh dibuat. Yang eloknya, tanamlah azam untuk mengkhatamkan Quran. Kalau rasa tak terdaya, bacalah Muqaddam ataupun start belajar membaca al-Quran. Mesti berkat punya. Masakan tidak, di bulan inilah al-Quran diturunkan. Semoga azam dan harapan di bulan Ramadhan ini membuahkan hasil.

Puasa bukan hanya setakat lapar dan dahaga saja, tetapi ia ada banyak tuntutan. Dalam erti kata lain, mata, telinga dan seluruh anggota termasuk jari telunjuk anda pun wajib berpuasa. Jari telunjuk janganlah di biarkan memasuki mana2 rongga. Kalaupun nak cuci lubang hidung ataupun telinga, ambillah masa malamnya. Kalau tidak, sia2 sajalah 12 jam berlapar dahaga. Hati dan fikiran pun kena dijaga. jangan terbawa2 perasaan dendam, dengki dan jahat sangka. Kalau ada sesiapa yang terbuat salah silap pada anda, bersabar dan tahan2lah marah. Ingat2kan diri anda dah berapa kilo gamaknya kekasaran anda yang orang boleh maafkan.

Time nak berbuka pun kena berjaga2. Sesaat awal kita berbuka, lingkup habis sehari berpuasa. Satu lagi, pesan2lah pada mak, atau kak long yang sediakan juadah berbuka puasa, satu dua jenis lauk cukuplah. Masak banyak2 pun bukannya nak habis. Malam nanti nak bermoreh lagi di surau atau masjid. Tapi kalau terlebih masak pun tak ada salahnya. Boleh diagih2kan pada jiran tetangga untuk eratkan lagi silaturrahim.

Time berbuka puasa adalah time yang amat dinanti. Inilah masanya ada orang yang nak ganti balik sarapan pagi dan tengahari. Makan sampai tak nampak orang yang ada di kiri dan kanan. Ish, jangn buat macam tu kawan2, buruk beno nampak dek orang. Karang takde orang nak buat menantu, barulah terasa malang. Kalau dah makan macam masuk pertandingan, Sembahyang Maghrib, Isya' Tarawih dan Subuh kalau tak terkorban, mngkin disatukan. Kalau nak makan juga, cuba ambil masa lepas Tarawih nanti. Kan cantik.. Allah tak mahu kita jadi orang yang rakus dan tamak. Bagi ruang satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan (udara).

Jadi, meh kita berpuasa dengan sebaik2nya kerana tidak ada sesiapapun buat perjanjian dengan Tuhan boleh tonggah langit sampai Ramadhan tahun depan.

No comments: