Thursday, June 25, 2009

Kafarah

Syurga itu sangat mahal harganya. Nikmat yang dijanjikan tiada tandingan dan tiada akhir. TAKKAN MUTIARA DIJUAL DENGAN SECEBIS KERTAS?! Amalan setinggi mana di dunia ini hanya sedikit dibandingkan dengan nikmat di sana. Beramal seumur hidup juga tidak dapat membayarnya. Syurga lebih mahal dari dunia dan seisinya. Lebih mahal dari nyawa hinggakan mati itu menjadi syarat untuk memilikinya...


Sebagaimana yang kita ketahui, semua orang yang beriman kepada Allah akan masuk ke syurga. Itu adalah janji Allah. Tapi, sebelum dapat mengecapi nikmat syurga, seharusnya dibersihkan dulu seseorang itu dari segala dosa-dosanya yang telah lalu. Itu dinamakan kafarah ataupun menurut bahasa alamnya ialah hukum karma.

Hukuman tersebut akan dilalui sama ada di atas dunia ini ataupun setelah mati. Hukuman di dunia adalah derita-derita dalam hidup yang ditempuhi oleh manusia dengan segala kesukaran dan ketanahan. Sebagai contoh, diperikan bahawa Bilal bin Rabah adalah seorang hamba kepada Yahudi yang telah disiksa dengan berat iaitu dijemur di tengah padang pasir dan ditindih pula dengan batu yang besar dan berat. Betapa dia menanggung penderitaan itu dengan tabah dan penuh keyakinan terhadap Allah s.w.t. Penderitaan yang ditanggung itu adalah untuk menyucikan dosa-dosanya yang telah lalu. Dikhabarkan bahawa dahulunya beliau adalah seorang ketua kepada hamba-hamba abdi yang lain. Disebabkan itu, maka timbullah penyakit hati yang ada pada setiap manusia itu iaitu sombong. Namun, setelah beliau mengenali Islam, perasaan itu tiada lagi dalam hatinya. Lalu Allah yang Maha Kuasa dan Maha Adil memberikan penderitaan yang berat untuknya di dunia bagi menyucikan hambaNya itu dari segala noda, kemudiannya masuk ke SyurgaNya tanpa hisab.

No comments: