Apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa anak bulan Ramadhan kelihatan, maka sahlah esok satu Ramadhan. Maka pasanglah niat untuk puasa esok hari dan lebih baik lagi niat untuk sebulan penuh. Maklumlah kita ni manusia yang selalu lupa.
Dah tau esok nak puasa, janganlah duduk melepak lagi. Bangunlah! Bangunlah wahai pemuda pemudi harapan agama bangsa dan negara. Bangunlah untuk sembahyang Isya' berjemaah di masjid dan surau2 yang berhampiran. Kalau anda ingin menambah kebaikan di bulan yang mulia ini, ajaklah bersama persatuan belia, pengakap, kumpulah Hadarah kampung anda untuk bertarawih dan bermoreh beramai-ramai. Bukan apa, untuk memeriahkan lagi Ramadhan yang disambut setahun sekali. Yang penting jangan riyak dan takabur. Kalau warga tua boleh buat tarawih 20 rakaat, kita yang muda ni? Tentu lagi hebat kan! Yakin boleh! Subhanal malikil ma'bud! Seronoknya sambut Ramadhan ni!
Semasa di masjid terutama masa berbuka dan moreh, ambil peluang beramah mesra dengan orang-orang kampung supaya kasih sayang yang sudah lama terjalin semakin kuat bertaut. Jangan malu dan segan untuk refer subjek puasa dengan pak imam kampung anda. Nanti tangan dialah yang akan anda jamah waktu majlis akad nikah.
Ambil masa untuk buat mesyuarat dengan mak, abah, kak long, kak cik dan sesiapa saja yang ada di rumah, macam mana nak set time bangkit bersahur. Tapi la ni ramai yang malas nak bangun sahur. Mengantuklah..mak abah makan dulu la..tak sahur pun boleh puasa jugalah.. Sahur ni kedudukannya sunat. Kalau tak nak dan tak larat nak jamah nasi, jamahlah air suam segelas dan kurma atau cucur badak sebiji dua. Ulama' ada berkata, 'pahala amalan sunat di bulan Ramadhan ni sama dengan pahala satu amalan wajib. Manakala satu amalan wajib, pahalanya sama dengan 70 amalan wajib di bulan2 yang lain. Ingatlah balik pada pesanan nabi, "pada sahur itu ada keberkatannya".
Di siang bulan Ramadhan, janganlah asyik memproses tahi mata saja. Banyak lagi benda lain yang lebih bermanfaat yang boleh dibuat. Yang eloknya, tanamlah azam untuk mengkhatamkan Quran. Kalau rasa tak terdaya, bacalah Muqaddam ataupun start belajar membaca al-Quran. Mesti berkat punya. Masakan tidak, di bulan inilah al-Quran diturunkan. Semoga azam dan harapan di bulan Ramadhan ini membuahkan hasil.
Puasa bukan hanya setakat lapar dan dahaga saja, tetapi ia ada banyak tuntutan. Dalam erti kata lain, mata, telinga dan seluruh anggota termasuk jari telunjuk anda pun wajib berpuasa. Jari telunjuk janganlah di biarkan memasuki mana2 rongga. Kalaupun nak cuci lubang hidung ataupun telinga, ambillah masa malamnya. Kalau tidak, sia2 sajalah 12 jam berlapar dahaga. Hati dan fikiran pun kena dijaga. jangan terbawa2 perasaan dendam, dengki dan jahat sangka. Kalau ada sesiapa yang terbuat salah silap pada anda, bersabar dan tahan2lah marah. Ingat2kan diri anda dah berapa kilo gamaknya kekasaran anda yang orang boleh maafkan.
Time nak berbuka pun kena berjaga2. Sesaat awal kita berbuka, lingkup habis sehari berpuasa. Satu lagi, pesan2lah pada mak, atau kak long yang sediakan juadah berbuka puasa, satu dua jenis lauk cukuplah. Masak banyak2 pun bukannya nak habis. Malam nanti nak bermoreh lagi di surau atau masjid. Tapi kalau terlebih masak pun tak ada salahnya. Boleh diagih2kan pada jiran tetangga untuk eratkan lagi silaturrahim.
Time berbuka puasa adalah time yang amat dinanti. Inilah masanya ada orang yang nak ganti balik sarapan pagi dan tengahari. Makan sampai tak nampak orang yang ada di kiri dan kanan. Ish, jangn buat macam tu kawan2, buruk beno nampak dek orang. Karang takde orang nak buat menantu, barulah terasa malang. Kalau dah makan macam masuk pertandingan, Sembahyang Maghrib, Isya' Tarawih dan Subuh kalau tak terkorban, mngkin disatukan. Kalau nak makan juga, cuba ambil masa lepas Tarawih nanti. Kan cantik.. Allah tak mahu kita jadi orang yang rakus dan tamak. Bagi ruang satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan (udara).
Jadi, meh kita berpuasa dengan sebaik2nya kerana tidak ada sesiapapun buat perjanjian dengan Tuhan boleh tonggah langit sampai Ramadhan tahun depan.
Masanya telah tiba, kita semua bangun bersama, membela agama tercinta, umatmu kini sedang merana.. Janganlah kita lupa peranan umat manusia, seruan sejak dahulu kala, telah lama memanggil kita..
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim...
Monday, August 31, 2009
Friday, August 14, 2009
PROGRAM MODAL INSAN
Alhamdulillah.. Program modal insan selesai sudah..
Terima kasih atas susah payah kalian! Terima kasih yang x terhingga.
Selain untuk membentuk sahsiah diri setiap pelajar, ia juga diharapkan dapat mendisiplinkan pelajar2 bukan shj melalui peraturan2, bahkan melalui penerapan nilai2 murni dan spiritual.
Banyak yang perlu diperbaiki, namun yang sudah berlaku juga agak memuaskan.
Mudah-mudahan setiap yang terlibat mendapat manfaat darinya, ameen..
HARI PERTAMA
Perjalanan menuju ke Johor...

Permulaan perjuangan

Mudah-mudahan semua berjalan lancar.. puh!

Nyanyian lagu tema - Amalulillah

Sesi LDK




HARI KE-2
Mulakan harimu dgn penuh semangat!!
Antara beberapa aktiviti yang dilaksanakan..
Ceramah dan praktikal wudhuk dan solat


Sahsiah Diri (membentuk kepimpinan sejati)


Belajar al-Quran dan tajwid

Riadah petang..

Aktiviti malam
Kejujuran + kepekaan = kepuasan

Usaha tangga@lif kejayaan
"Menara paling tinggi"


Hari yg terakhir:
Riadah pagi..


Penyampaian hadiah kpd GPK I SKB

Sesi Fotografi


Program berakhir dengan harapan yang tinggi agar usaha kami mendapat keredhaan Allah s.w.t disamping memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar2 di sekolah.
Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha melicinkan perjalanan program ini.
Billahi fi sabilil haq!
Terima kasih atas susah payah kalian! Terima kasih yang x terhingga.
Selain untuk membentuk sahsiah diri setiap pelajar, ia juga diharapkan dapat mendisiplinkan pelajar2 bukan shj melalui peraturan2, bahkan melalui penerapan nilai2 murni dan spiritual.
Banyak yang perlu diperbaiki, namun yang sudah berlaku juga agak memuaskan.
Mudah-mudahan setiap yang terlibat mendapat manfaat darinya, ameen..
HARI PERTAMA
Perjalanan menuju ke Johor...
Permulaan perjuangan
Mudah-mudahan semua berjalan lancar.. puh!
Nyanyian lagu tema - Amalulillah
Sesi LDK
HARI KE-2
Mulakan harimu dgn penuh semangat!!
Antara beberapa aktiviti yang dilaksanakan..
Ceramah dan praktikal wudhuk dan solat
Sahsiah Diri (membentuk kepimpinan sejati)
Belajar al-Quran dan tajwid
Riadah petang..
Aktiviti malam
Kejujuran + kepekaan = kepuasan
Usaha tangga@lif kejayaan
"Menara paling tinggi"
Hari yg terakhir:
Riadah pagi..
Penyampaian hadiah kpd GPK I SKB
Sesi Fotografi
Program berakhir dengan harapan yang tinggi agar usaha kami mendapat keredhaan Allah s.w.t disamping memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar2 di sekolah.
Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha melicinkan perjalanan program ini.
Billahi fi sabilil haq!
Sunday, July 5, 2009
Lawatan ke UUM, HPA, IPSI..
Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat jua kembali walau dengan sedikit masalah yang x terduga.
Di samping pengalaman, mesti sahaja ada pengajaran yang akan dibawa pulang bersama. Begitulah resminya..
Peringatan yang paling berharga, jangan lupa baca doa setiap kali naik kenderaan..
Itu lah yang terjadi kepada kami.. ishk3.. Seronok sangat berjalan sampai lupa nak baca doa. Dah eksiden.. Bile lepas eksiden tu, baru la semua sibuk ingatkan supaya baca doa. Haha.. Dah terantuk baru nak terngadah. manusia..manusia..Termasuk aku le tu. Nasib baik la tuhan cuma nak ingatkan, tu yang umur panjang tu. Kalau tak..
Ape pun, semua tu la yang jdkan perjalanan bertambah meriah.. (pulok dah!) asam garam perjalanan la katekan.. boleh jgk jd bhn cite utk kengkawan yang tak pegi.. Hehe..
By the way, esk hari 1st kuliah. Subjek pun blh tahan sume. Moge lebih bersemangat untuk aku dan kengkawan. Aja2 fiting!
Ade mase nnti aku loading gmbr lwtn tuh!
Di samping pengalaman, mesti sahaja ada pengajaran yang akan dibawa pulang bersama. Begitulah resminya..
Peringatan yang paling berharga, jangan lupa baca doa setiap kali naik kenderaan..
Itu lah yang terjadi kepada kami.. ishk3.. Seronok sangat berjalan sampai lupa nak baca doa. Dah eksiden.. Bile lepas eksiden tu, baru la semua sibuk ingatkan supaya baca doa. Haha.. Dah terantuk baru nak terngadah. manusia..manusia..Termasuk aku le tu. Nasib baik la tuhan cuma nak ingatkan, tu yang umur panjang tu. Kalau tak..
Ape pun, semua tu la yang jdkan perjalanan bertambah meriah.. (pulok dah!) asam garam perjalanan la katekan.. boleh jgk jd bhn cite utk kengkawan yang tak pegi.. Hehe..
By the way, esk hari 1st kuliah. Subjek pun blh tahan sume. Moge lebih bersemangat untuk aku dan kengkawan. Aja2 fiting!
Ade mase nnti aku loading gmbr lwtn tuh!
Thursday, June 25, 2009
Kafarah
Syurga itu sangat mahal harganya. Nikmat yang dijanjikan tiada tandingan dan tiada akhir. TAKKAN MUTIARA DIJUAL DENGAN SECEBIS KERTAS?! Amalan setinggi mana di dunia ini hanya sedikit dibandingkan dengan nikmat di sana. Beramal seumur hidup juga tidak dapat membayarnya. Syurga lebih mahal dari dunia dan seisinya. Lebih mahal dari nyawa hinggakan mati itu menjadi syarat untuk memilikinya...
Sebagaimana yang kita ketahui, semua orang yang beriman kepada Allah akan masuk ke syurga. Itu adalah janji Allah. Tapi, sebelum dapat mengecapi nikmat syurga, seharusnya dibersihkan dulu seseorang itu dari segala dosa-dosanya yang telah lalu. Itu dinamakan kafarah ataupun menurut bahasa alamnya ialah hukum karma.
Hukuman tersebut akan dilalui sama ada di atas dunia ini ataupun setelah mati. Hukuman di dunia adalah derita-derita dalam hidup yang ditempuhi oleh manusia dengan segala kesukaran dan ketanahan. Sebagai contoh, diperikan bahawa Bilal bin Rabah adalah seorang hamba kepada Yahudi yang telah disiksa dengan berat iaitu dijemur di tengah padang pasir dan ditindih pula dengan batu yang besar dan berat. Betapa dia menanggung penderitaan itu dengan tabah dan penuh keyakinan terhadap Allah s.w.t. Penderitaan yang ditanggung itu adalah untuk menyucikan dosa-dosanya yang telah lalu. Dikhabarkan bahawa dahulunya beliau adalah seorang ketua kepada hamba-hamba abdi yang lain. Disebabkan itu, maka timbullah penyakit hati yang ada pada setiap manusia itu iaitu sombong. Namun, setelah beliau mengenali Islam, perasaan itu tiada lagi dalam hatinya. Lalu Allah yang Maha Kuasa dan Maha Adil memberikan penderitaan yang berat untuknya di dunia bagi menyucikan hambaNya itu dari segala noda, kemudiannya masuk ke SyurgaNya tanpa hisab.
Sebagaimana yang kita ketahui, semua orang yang beriman kepada Allah akan masuk ke syurga. Itu adalah janji Allah. Tapi, sebelum dapat mengecapi nikmat syurga, seharusnya dibersihkan dulu seseorang itu dari segala dosa-dosanya yang telah lalu. Itu dinamakan kafarah ataupun menurut bahasa alamnya ialah hukum karma.
Hukuman tersebut akan dilalui sama ada di atas dunia ini ataupun setelah mati. Hukuman di dunia adalah derita-derita dalam hidup yang ditempuhi oleh manusia dengan segala kesukaran dan ketanahan. Sebagai contoh, diperikan bahawa Bilal bin Rabah adalah seorang hamba kepada Yahudi yang telah disiksa dengan berat iaitu dijemur di tengah padang pasir dan ditindih pula dengan batu yang besar dan berat. Betapa dia menanggung penderitaan itu dengan tabah dan penuh keyakinan terhadap Allah s.w.t. Penderitaan yang ditanggung itu adalah untuk menyucikan dosa-dosanya yang telah lalu. Dikhabarkan bahawa dahulunya beliau adalah seorang ketua kepada hamba-hamba abdi yang lain. Disebabkan itu, maka timbullah penyakit hati yang ada pada setiap manusia itu iaitu sombong. Namun, setelah beliau mengenali Islam, perasaan itu tiada lagi dalam hatinya. Lalu Allah yang Maha Kuasa dan Maha Adil memberikan penderitaan yang berat untuknya di dunia bagi menyucikan hambaNya itu dari segala noda, kemudiannya masuk ke SyurgaNya tanpa hisab.
Monday, June 1, 2009
PASAK Pengukuhan Akidah Menerusi Mukjizat Sains Dalam al-Quran

Nama: Professor Madya.Dr. Mohd. Arip Bin Kasmo
Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor.
No Tel: 0389216918 (pejabat), 0389216870 (pejabat am), 0389252976 (faks)) 066789928 (rumah) 0173164928 (telifon bilyad)
e-mail, arip@pkrisc.cc.ukm.my
Kelulusan Akademik:
BSc (University College of Swansea, Wales)
Sijil Perguruan Lepasan Ijazah
(Maktab Perguruan Pulau Pinang)
Sarjana (Universiti Kebangsaan Malaysia)
PhD Universiti Kebangsaan Malaysia
Pekerjaan: Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bidang. Tamadun Islam, Falsafah Pembangunan, Falsafah Sains
http://www.geocities.com/modal_insan/pasak.html
http://www.geocities.com/pasakiman/Iman.html
Beliau telah berjaya menyiapkan phD dengan tajuk Sains dan al-Quran.
Dengan hasil tersebut, beliau menyampaikan dakwah kepada pelajar2 samada yang muslim dan bukan muslim. Ramai pelajar yang tertarik dengan ceramah beliau hinggakan pelajar2 muslim kembali bertaubat sementara yang bukan muslim pula berminat untuk mengenali dan seterusnya memeluk agama Islam, dinul haq. Beliau telah membukukan kesemua penyelidikan beliau mengenai sains dan al-Quran di dalam bukunya yang berjudul 'Pasak'.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari web beliau yang telah tertera di atas.
Monday, April 27, 2009
‘Partisipasi Akal dan Orang Muda’

Sehalusnya titipan semanisnya bicara, menyusun langkah memperbaiki kata, mencari asal embun bertitik, di helaian sutera kasih paling pasti…
Apabila berbicara tentang orang muda, kita bertanya pada diri sendiri siapakah orang muda itu? Dan apakah pula partisipasi orang muda di zaman ini?
Sahabat yang dirahmati Allah, siapakah orang muda itu? Adakah kita tergolong dalam golongan itu? Jika tidak, siapakah kita yang sebenarnya?
Bagi yang mempunyai akal fikiran yang waras, kita akan segera menyedari bahawa kita adalah orang muda itu. Kitalah yang masih mempunyai tenaga yang kuat. Kitalah yang mempunyai partisipasi yang tinggi dalam masyarakat kini. Kitalah yang bertanggungjawab atas kemajuan atau kemunduran masyarakat kita. Segalanya di atas bahu kita, ORANG MUDA.
Ada pepatah yang mengatakan bahawa “orang muda adalah pemimpin generasi nanti” yang membawa maksud orang muda adalah pemimpin masa akan datang. Saya sangat tidak bersetuju dan membangkang pepatah tersebut. Disebabkan pepatah itulah, remaja kita sekarang ini leka dengan kehidupan mereka yang sia-sia, menghabiskan waktu dan tenaga mereka dengan perkara yang tidak berguna. Mengapa? Ini kerana mereka berfikir bahawa mereka adalah pemimpin akan datang. Jadi, mereka tidak peduli dengan masa sekarang mereka dengan alasan pada waktu akan datang mereka akan terbeban dengan tugas yang berat. Maka, masa yang sekarang adalah masa untuk berseronok sebelum datangnya masa yang membebankan itu.
Jadi ingin saya tegaskan di sini bahawa orang muda bukanlah pemimpin generasi akan datang, tetapi pemimpin masa sekarang. Dari sekaranglah mereka perlu membentuk sahsiah diri mereka. Dari sekaranglah mereka perlu berlatih bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berguna kepada masyarakatnya, menjadi pemimpin yang adil, menjadi pengikut yang bijak dan rasional.
Apa yang kita lihat sekarang, kehancuran berlaku melata di seluruh dunia, ini kerana kurangnya latihan, kurangnya ilmu dalam dada mereka kerana tidak pernah dipupuk dari sebelumnya tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik. Mereka malah dilantik secara terdesak apabila masyarakat mereka dengan tiba-tiba memerlukan seorang pimpinan dari kalangan mereka, dan kebanyakan mereka pula dilantik bukanlah berdasarkan ilmu mereka, tetapi berlandaskan keturunan dan pengaruh mereka. Demikianlah yang terjadi disebabkan kemiskinan ilmu dikalangan manusia.
Di sinilah terletaknya partisipasi kita sebagai orang muda. Jika kita tidak mampu menjadi pemimpin, maka kita haruslah menjadi pengikut yang bijaksana. Jika pemimpin kita melakukan kebaikan, maka kita dukung perintahnya. Jika pemimpin kita melakukan kesilapan, kitalah yang wajib menegur mereka. Kitalah yang perlu bijak dan berani bersuara bagi menentang keburukan dan kemungkaran.
Perkara berani bersuara ini, memang mudah untuk disebut tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan. Ia memerlukan peranan akal yang tinggi. Jadi, semailah ilmu sedalam-dalamnya, didiklah akal sebanyak-banyaknya dan pupuklah jiwa sebaik-baiknya. Semoga tanaman yang kita usahakan pada hari ini akan memberi hasil dan keberuntungan kepada kita pada hari kemudian.
Seterusnya yang ingin saya tekankan di sini adalah fungsi akal. Akal berfikir melangkah akan pergerakan insan yang meletakkan akal di tempat yang tinggi agar manusia dan haiwan itu berbeza. Beza dari mulia, bukan makhluk.
Apa yang dapat kita faham melalui falsafah tersebut? Ia menyatakan bahawa akal itu adalah tunjang utama bagi setiap manusia. Akallah yang menentukan dan mengatur gerak langkah manusia dan seterusnya memberi kesan kepada anggota zahir kita, juga kepada persekitaran kita. Melalui akal juga menjadikan manusia itu berbeza dan lebih mulia dari makhluk yang lainnya.
Demikianlah peranan akal yang sangat penting dalam kehidupan kita bukan sahaja di dunia, malah sangat bererti kesannya apabila tiba di akhirat kelak. Mengapa saya katakan begitu? Ini disebabkan oleh perbezaan darjat manusia dengan manusia yang lain juga disebabkan oleh akalnya.
Contoh dari aspek duniawi boleh kita lihat dengan jelas di zaman kita sekarang. Contohnya bagi pelajar yang cemerlang, mereka akan lebih kehadapan dan masyhur berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Kemudian, daripada kelulusan mereka yang lebih tinggi dari pelajar lain, jawatan mereka di dalam pekerjaan akan lebih baik dari mereka yang berkelulusan agak rendah.
Maka begitu juga halnya di akhirat kelak. Dari hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, pada suatu hari, Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, apakah yang membezakan seorang manusia itu dengan manusia yang lainnya? Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Akalnya. Kemudian Aisyah bertanya lagi: Di akhirat pula, apakah yang membezakan antara manusia itu? Rasulullah s.a.w menjawab lagi: Akalnya. Kemudian Aisyah bertanya lagi: Bukankah beza manusia dengan manusia lainnya itu dengan amalan-amalan mereka? Jawab Rasulullah s.a.w: Bukankah amalan manusia itu ditentukan oleh akal mereka? Jika tinggi akal mereka, maka tinggi juga amalan mereka dan jika rendah akal mereka, maka akan rendah jugalah amalan mereka.
Dari hadith tersebut, jelaslah bahawa akal kita membawa peranan yang sangat penting bagi setiap manusia sama ada untuk kehidupan di dunia atau di akhirat.
Oleh itu, sedarkah kita di mana kedudukan kita sekarang dan apa tanggungjawab yang harus kita laksanakan? Apakah tindakan yang kita perlu buat seterusnya? Adakah kita masih ingin terus hidup di dalam mimpi yang tak sudah? Pepatah daipada Buya Hamka, ‘Kamu tidak akan sedar yang kamu bermimpi sehinggalah kamu terjaga; kamu tidak sedar yang dunia ini permainan sehinggalah kamu mati’.
Milenia Muslim, April
SITI SAIDATUN NAFISAH AB HAMID
Hewi PKPIM,
USIM
Gejala Sosial

Assalamualaikum
Saya terpanggil untuk mengirimkan pandangan saya mengenai isu ‘Menangani Gangguan Seksual’ setelah membaca majalah MILENIA bil.75 yang lepas. Saya amat bersetuju dengan langkah-langkah untuk menghadapi ancaman jenayah seksual yang telah dikemukakan oleh saudari Nurul Aini. Di sini, saya ingin menambah satu perkara yang kebanyakan orang lupa atau memang tidak ambil peduli dengannya.
Saya mulakan dengan suatu kisah:
“Ada seorang budak perempuan yang bersekolah di asrama penuh. Kehidupan keluarga budak perempuan itu sangat susah. Mereka tiada berkenderaan, dan gaji bapanya pula hanyalah cukup untuk menyara kehidupan keluarga dan menanggung pembelajaran anak perempuannya itu.
Pada setiap kali hendak pulang ke kampung, budak perempuan itu mesti terlebih dahulu menalifon ayahnya melalui jiran mereka di rumah dan memberitahu kepada ayahnya bahawa dia ingin pulang ke kampung. Maka selepas itu, ayahnya akan datang ke asrama dengan menaiki bas untuk menjemput anaknya pulang ke rumah. Begitulah juga ketika hendak kembali ke asrama, ayahnya akan menghantar anak perempuannya itu dengan menaiki bas sehinggalah sampai ke asrama, kemudian pulang semula ke rumah dengan menaiki bas”.
Persoalannya, apakah objektif yang diperolehi daripada kisah tersebut? Kisah itu pernah dikemukakan pada rakan-rakan saya di kelas. Kemudian, ditanya kepada mereka, apakah persepsi mereka mengenai budak perempuan itu. Ramai diantara mereka yang mengatakan bahawa budak perempuan itu adalah seorang anak yang manja, tidak pandai berdikari, menyusahkan ibu bapa, dan sebagainya…
Menerusi jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan, dapatlah saya simpulkan bahawa pada zaman ini, ramai yang lupa dengan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘tidaklah harus bagi seorang perempuan itu berjalan pada sepanjang siang dan sepanjang malam kecuali bersamanya suaminya atau bersama mahramnya’. Dan disebabkan keterlupaan mereka ini, maka ramai perempuan sekarang yang berani keluar seorang diri tanpa berteman dan bermahram.
Perlu diingati bahawa apa yang disampaikan dan dipesan oleh Rasulullah s.a.w adalah peringatan daripada Allah. Allah lebih mengetahui dunia ini dan seisinya kerana Dia yang menciptakan. Jika undang-undang yang ditetapkan Allah itu diabaikan, maka banyaklah berlaku kerosakan di muka bumi seperti sekarang ini. Buatlah apa saja langkah keselamatan. Belajarlah seni mempertahankan diri seperti silat dan taekwandoo, letaklah cctv dimerata tempat, dan apa sahaja. Tetap tidak akan selesai selagi peraturan Tuhan tidak dipatuhi.
Oleh itu, berfikirlah wahai kaum sejenisku. Jika rasa diri masih jahil, tuntutlah ilmu, belajarlah lagi. Akhir sekali, pesanan buat semua; ‘Sesungguhnya Allah itu menghampiri kamu dengan ilmu. Maka kamu dekatilah Ia dengan akal. Jadikanlah hukum Allah sebagai pedomanmu, maka terhindarlah dari akal yang dangkal’.
Siti Saidatun Nafisah bt Ab Hamid,
HEWI,
USIM.
Milenia Muslim, Januari
Subscribe to:
Posts (Atom)