Masanya telah tiba, kita semua bangun bersama, membela agama tercinta, umatmu kini sedang merana.. Janganlah kita lupa peranan umat manusia, seruan sejak dahulu kala, telah lama memanggil kita..
Saturday, January 10, 2009
KERANAMU SAUDARA...

TABUNG DERMA MELALUI ISLAMIC RELIEF MALAYSIA...
Dengan berlakunya peristiwa kejam di Palestin yang menimpa nasib saudara-saudara kami, kami telah menjalankan GAZA EMERGENCY APPEAL melalui kerjasama dengan IRM (Islamic Relief Malaysia) yang bertempat di kampus kami sendiri, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sebarang pertanyaan atau permasalahan, sila hubungi kami melalui talian berikut:
Saudari;
Siti Saidatun Nafisah bt Ab Hamid
014-8437599
atau;
Wan Rashidah Hanim bt Wan Muhamad
017-2977594
Thursday, December 18, 2008
NATIJAH KEHIDUPAN KITA
- Bagaimana darjatmu. Suatu hari nanti kamu akan kembali ke perut bumi.
- Bagaimana banyak maksiatmu. Suatu hari nanti kamu akan diazab di perut bumi.
- Bagaimana sekalipun gelakmu di atas muka bumi. Suatu hari nanti engkau akan menangis di perut bumi.
- Bagaimana engkau meneguk minuman dan makanan haram di atas muka bumi. Suatu hari kelak, ular akan memakan dagingmu di perut bumi.
- Bagaimana engkau himpunkan harta di atas muka bumi. Harta itu serta kamu akan hancur di dalam perut bumi.
- Bagaimana engkau berlagak takbur di atas muka bumi. Suatu hari nanti, engkau akan hina di perut bumi.
- Bagaimana engkau hidup dengan cahaya di muka bumi. Suatu hari nanti engkau akan gelita di perut bumi.
- Bagaimana ramainya sahabat hidupmu di muka bumi. Engkau akan berseorangan di perut bumi.
Wednesday, December 17, 2008
Cara Nabi Menegur
Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi: Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu? Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata: dahulu, kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu. Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum.
Friday, August 1, 2008
SIAPA YANG MENGENAL DIRINYA, MAKA DIA MENGENAL TUHAN
Pada asalnya, amat sukar untuk difahami apakah maksud ungkapan ini. Rasanya kita sangat mengenal diri kita sendiri hinggakan kita tahu apa kesukaan kita dan apa pula yang kita tidak suka. Walaupun begitu, kita masih belum mengenal tuhan kita dengan sebaiknya. Bagaimana nak menghubungkan antara dua makrifat ini?
Apabila kita melihat bayi yang kecil dan comel, dan berfikir sejenak, barulah kita dapat mencungkil maksud ungkapan itu.
Kita berasal dari seorang bayi yang maha dhaif. Tidak makan kalau tidak disuap, tidak berpakaian kalau tidak dipakaikan, mata tidak nampak, tangan bergerak tidak menentu, buang air besar dan kecil tidak menentu tempat. Pendek kata, hidup pada waktu itu tidak bererti apa-apa. Hinggalah Allah mengurniakan kehidupan itu bertambah baik dari detik ke detik.
Apabila diperhatikan perkembangan bayi itu dari hari ke hari, perasaan insaf menusuk ke sanubari. Betapa lemahnya kita sebelum bertukar menjadi hebat kini. Dan itu semua berada dalam lingkungan kuasa Allah. Siapa lagi selain Allah yang telah mengubah keadaan kita dari selemah-lemahnya hingga segagah sekarang?
Kalau begitu, mengapa jual mahal dengan Allah? Apakah kita tidak takut pada kebolehan Allah untuk mengembalikan kita pada kejadian yang asal itu dalam sekelip mata? Dan kita perlu ingat, tiada perjanjian antara kita dengan Allah tentang hidup bahagia atau derita; tentang bila roh kita akan dibawa pergi.
Monday, June 30, 2008
KENAPA KITA DILAHIRKAN DI DUNIA?
Jadi, kita datang ke dunia tanpa tahu tujuan dan matlamat sebenarnya. Kita datang tanpa rancangan dan kemahuan terlebih dahulu, dan kita tidak tahu mengapa kita dilahirkan sebagai perempuan dan bukan lelaki atau sebaliknya.
Siapa yang merancang dan berkehendak untuk mendatangkan kita ke dunia ini? Apakah maksud Allah s.w.t mendatangkan kita ke dunia ini?
Hampir setiap orang bertanyakan soalan ini kepada akal dan hatinya, dan berbagai-bagailah jawapan yang diperoleh mereka, yang setiap seorangnya mempunyai jawapan yang berbeza. Hasil dari jawapan itu, maka hiduplah manusia ini dengan cara dan
Saksikanlah manusia yang mengisi berbagai-bagai ragam di dalam hidup mereka.
Golongan lain pula hidup untuk harta dan kekayaan. Berburulah ia kemana sahaja di sudut-sudut dunia, untuk mencari harta, mendapatkannya dan menimbunnya setinggi yang boleh. Jadual dan program harian mereka, sepenuhnya disediakan untuk mencari harta hingga tiada masa untuk tujuan-tujuan yang lain. Akhirnya, mereka mati meninggalkan semua harta itu.
Terdapat juga orang yang hidupnya setakat makan, pakai, tidur, kahwin dan beranak pinak. Usaha-usahanya hanya untuk mendapatkan keperluan itu hinggalah matinya tanpa apa-apa erti.
Demikianlah manusia menjawab soalan-soalan apa tujuan hidup. Jawapan yang diberikan oleh akal dan nafsunya, lalu dilaksanakan oleh anggota lahirnya. Kita sebenarnya tidak tahu apakah hidup ini dan bagaimanakah untuk melaksanakan hidup ini. Yang mengetahui sebenarnya tujuan hidup ini agar selamat di dunia dan akhirat ialah Allah s.w.t.
Kita bertanya “Ya Allah, kenapa Engkau hidupkan dan datangkan aku ke dunia ini?” maka turunlah wahyu kepada Nabi s.a.w, memberitahu manusia mengapa mereka dihidupkan.
Pertama, firmannya yang bermaksud: "tidak Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku semata-mata" (Az-Zariyat:56)
Yang ke dua, firmannya yang bermaksud: "sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya, (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat" (Ad-Dahru:2)