Tuesday, February 1, 2011

keretA kesayangaN, Iman Kecintaan


"Sayangnye kereta aku ni…….! Jangan calarkan.. Kalau calar sikit, bayar RM200!!"

"Ish, bahaya betul. Dekat sangat kereta tu dengan kereta aku. Kalau kene tadi, habis la kereta aku…"

"Fuh, nasib baik sempat elak. Selamat aku punya tayar.."

"Cis burung nih. Macam takde tempat lain plak die nak melepas. Kotor la sayang aku ni…"

Dan lain-lain……..

Ramai orang sangat sayangkan kereta mereka… termasuk saya.. (^_^) Jihad sentiasa (JHD 525). Pantang calar sikit, mesti marah punyalah. Bila kotor pula, bawak pegi car wash. Nak jimat sikit, basuh sendiri la… yang penting bersih, cantik dan menawan..o0o yeahh..

Cukup bulan, mesti hantar pergi service. Mana la tau ade mana-mana yang kritikal, jahanam pulak nanti bini kedua aku nih.. (kalau aku, jadi laki kedua la yeh? Huhu)

Ape sebabnya orang sayang dan caring sangat dengan kereta mereka ye? Mungkin sebab kereta tu dapat bantu kita pergi ke mana-mana yang kita suka, termasuk la pada saat-saat yang sangat memerlukan seperti pergi kerja, ada kecemasan dan sebagainya.

Pendek kata, orang sangat menjaga kereta masing-masing.. Mungkin sebab sayang, mungkin sebab kos yang tinggi untuk direpair semula, atau mungkin terpengaruh dengan orang lain yang sangat taksub menjaga kereta kesayangan mereka.

Dalam fenomena ini, cuba kita tukarkan peranan kereta tersebut dengan IMAN….
Iman sama peranannya dengan kereta. Jika kereta kita gunakan dan kita pandu untuk ke suatu tempat, iman kita gunakan dan kita pandu untuk ke SATU tempat. Kereta perlu diisi dengan minyak untuk terus bergerak, iman perlu kita isi dengan amal ibadat untuk terus bergerak.

Sebagaimana kita menjaga kereta itu dengan sangat berhati-hati, sebegitu juga kita menjaga iman kita dengan sangat berhati-hati. Seandainya kita memandu kereta kita dengan cukup berwaspada, mengelak daripada berlanggar dengan kereta lain, mencegah daripada terjelopok ke dalam lubang ataupun lopak air, begitu jugalah kita memandu iman kita, untuk mengelak daripada berlanggar dengan dosa, mencegah daripada terjelopok ke dalam maksiat dan kemungkaran.

Bilamana kita mencuci kereta kesayangan kita apabila kotor, kita juga mesti mencuci iman kita apabila terlalu banyak noda yang terpalit. Apabila sudah sampai waktunya untuk kereta diservis, siapkanlah juga waktu untuk iman kita dibaikpulih dan disegarkan dengan aroma segar cinta Allah.

Kita membuang banyak duit semata-mata untuk keselamatan dan kecantikan kereta kita, namun kita hanya memerlukan waktu untuk kesejahteraan dan keindahan iman.

Tuesday, September 7, 2010

PENGHAYATAN SYAWAL

Ramadhan telah meninggalkan kita,

Syawal menjelang menandakan hari raya,

Kehidupan biasa bermula semula,

Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..


Apabila tirai Ramadhan berlabuh, menjelanglah pula Aidilfitri. Begitu hebat sambutannya pada setiap tahun. Semakin bertambah tahun, semakin rancak aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk persediaan raya.


Namun, di mana penghayatan sebenar Aidilfitri?


Jika kita lihat pada hari ini, berbagai ragam dan gaya yang ditampilkan untuk menghidupkan dan memeriahkan suasana hari raya. Ia bukan sahaja dari sudut pemakaian dan pemakanan yang bermacam rupa dan beraneka jenis, tetapi melibatkan juga aktiviti-aktiviti harian masyarakat, rancangan yang disajikan di televisyen dan radio dan bermacam-macam lagi.


Kelangsungan perkara-perkara tersebut yang berlaku secara berlebih-lebihan menyebabkan ramai masyarakat yang lupa tentang erti sebenar Aidilfitri. Bagi anak-anak yang masih kecil pula, fikiran mereka telah dicemarkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah sekali gus membuat mereka buta untuk melihat pengisian yang sebenar dalam menyambut Aidilfitri.


Apakah tujuan kita menyambut Aidilfitri?


Aidilfitri atau panggilan biasanya hari raya merupakan hari kemenangan bagi setiap muslim yang telah berjaya mendidik diri dan nafsunya pada bulan Ramadhan. Hari raya juga merupakan hari untuk kita bersyukur kepada Allah s.w.t dengan sebanyak-banyaknya setelah kita diberi kesempatan dan keizinan untuk beribadah dan hidup sehingga akhir Ramadhan yang di mana di dalam bulan Ramadhan itu terdapat banyak kelebihan dan kenikmatan yang Allah janjikan bagi hambanya yang bertaqwa.


Sayugia selepas mengetahui bahawa hari raya itu adalah untuk orang yang berjaya, maka koreksilah pula diri masing-masing. Layakkah kita pada hari ini untuk menyambut hari raya? Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa, yang berjaya melepaskan diri mereka dari dibelenggu oleh nafsu sendiri yang lebih cenderung untuk melakukan kejahatan dari kebaikan.


Maka untuk meraikan kemenangan kita, ia adalah dengan banyak mengucapkan syukur, bertakbir, bertasbih dan bertahmid juga memuji Ilahi dengan sebanyak yang mungkin. Di hari ini juga kita bermaaf-maafan antara sesama muslim bagi menyucikan hati dan membina peribadi, membuang sifat dendam dan persengketaan supaya tali persaudaraan sentiasa kukuh.


Tetapi bagaimana sambutan hari raya di kalangan masyarakat kita pada hari ini? Bacaan takbir di masjid-masjid tidak meresap ke dalam sanubari. Takbir yang dilaungkan bukan takbir kemenangan yang dapat dirasakan malah lesu dan tidak bermaya. Ia menunjukkan ketewasan kita untuk melawan nafsu sendiri di bulan Ramadhan. Puasa yang dilakukan tidak dapat mentarbiyyah diri melainkan lapar dan dahaga semata.

Ketewasan itu dapat kita lihat dengan nyata melalui cara kita meraikan hari raya. Pada hari ini, penghayatan terhadap hari raya sangat memilukan. Hari raya telah dinobatkan sebagai hari bergembira, lalu seluruh masyarakat menyambutnya dengan kegembiraan semata. Tiada lagi keinsafan yang dapat dirasakan setelah gagal memenuhi tuntutan Ramadhan yang sebenar.


Masyarakat lebih mementingkan baju raya daripada sembahyang raya. Masyarakat juga ghairah dengan makanan yang lazat-lazat sementelah sebulan tidak menjamah makanan pada siang hari. Anak-anak kecil pula telah dididik untuk mengumpul duit raya. Maka bagi mereka, hari raya adalah hari untuk mengumpul wang dari rumah ke rumah.


Rancangan di televisyen dan radio tidak kurang juga hebatnya. Masing-masing berlumba untuk meraih minat penonton. Namun, penghayatan yang disiarkan hanyalah sekitar kesedihan menunggu anak pulang ke kampung. Yang lainnya hanya untuk memberikan kegembiraan di hari raya dengan lawak-lawak bodoh dan kotor.


Paling menyedihkan apabila televisyen menyiarkan sambutan raya dengan pertandingan nyanyian yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Rancangan tersebut bukan sahaja merosakkan penghayatan raya yang sebenarnya, malah menunjukkan masyarakat kini yang sudah hilang rasa malu. Orang-orang tua bergelek di atas pentas lagaknya seperti muda sambil memekakkan telinga daripada panggilan kubur. Manakala yang muda, menghilangkan maruah mereka dengan pakaian-pakaian yang tidak sempurna.


Kita seharusnya sedar bahawa hari raya yang sebenarnya mengingatkan kita kepada fitrah kita yang mulia. Kita sebagai khalifah di muka bumi, harus memakmurkan bumi ini dengan hukum-hukum tuhan. Sudahkah Tuhan dibesarkan di dalam jiwa, fikiran dan di dalam setiap perbuatan kita? Setelah itu, barulah jiwa kita merasai kebahagiaan dan kedamaian dengan rasa tauhid di hati. Bukan dengan kegembiraan dunia yang sementara.


Thursday, August 12, 2010

Muhasabah

Perbandingan antara Ramadhan di zaman kita dengan Ramadhan di zaman para Sahabat Radhiallahu 'anhum.. sangat ketara..

Bila dihayati dan difahami maksudnya, ia sangat bermakna dan menginsafkan. Baagaimana kita sebagai umat akhir zaman telah diberikan peluang yang sama seperti mereka; bulan Ramadhan yang menjanjikan seribu kebajikan dan dilipatgandakan pahala daripada amalan yang baik...

RAMADHAN DUA ZAMAN

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman

Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman


Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tp malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Jelas menunjukkan kelalaian dan kemalasan kita, hingga meninggalkan segala nikmat yang telah Allah janjikan dengan begitu mudah sekali. Mensia-siakan semua ganjaran yang Allah sediakan KHUSUS untuk umat akhir zaman, iaitu KITA.

Bagaimanakah kita ingin merebut tempat yang sama dengan para sahabat sedangkan amal ibadat kita jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan mereka?


Layakkah pula kita untuk mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w sedangkan sunnahnya tidak kita amalkan?

Dibulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama koreksi diri sendiri. Janganlah disibukkan dengan keghairahan hari raya yang bakal menjelang; dengan baju raya baru, kuih raya, lauk-pauk, dan bermacam-macam lagi yang tidak sepatutnya. Sibukkanlah diri kita dengan amal ibadat yang berlipat kaliganda kerana bulan yang baraqah ini tidak selamanya, hanya sebulan dalam setahun. Rebutlah peluang yang datang ini dengan sebaik-baiknya, agar kita tidak merasakan penyesalan yang berpanjangan...

DARI AKAL TURUN KE HATI, JASAD MENJADI BUKTI!! (^_^)

Tuesday, May 25, 2010

Alahai Imam Muda...


Seronok rasanya bila tengok ramainya orang yang datang untuk uji bakat menjadi imam muda. Datang dari seluruh pelusuk negeri. Ada juga yang awalnya berhasrat untuk ke tempat lain namun dibelokkan kakinya ke arah tempat uji bakat setelah dilihatnya banner uji bakat yg tergantung di laluannya. Fenomena ini menunjukkan masih ramai yang hatinya terikat dengan masjid, Alhamdulillah. Walaupun ramainya masih belum setanding dengan peserta uji bakat untuk nyanyian.

Masing-masing begitu bersungguh-sungguh sekali mencuba untuk menjadi yang terbaik. Memejamkan mata untuk mendapatkan 'feel', meminta untuk tidak berhadapan dengan penonton, dan tidak kurang juga yang gugup sehingga terlupa bacaan ayat dalam surah al-Fatihah.

Namun itu tidak menjadi sebarang hal. Yang agak terkilan, apabila melihat sikap beberapa orang peserta uji bakat yang seolah-olah tidak faham apa tujuan sebenar ia datang untuk uji bakat. Bukan kerana keterlupaannya di dalam bacaan surah, bukan kerana kesumbangan tarannum bacaan Quran, bukan kerana kepelatan di dalam membunyikan tajwid huruf dan bukan juga kerana berpakaian sekadar t-shirt dan seluar jeans. Tetapi disebabkan oleh egonya, atau dalam bahasa kasarnya, keangkuhan dan kesombongan dalam ilmu dan kebolehan yang dimiliki.

Datang dengan ilmu yang penuh didada, juga pakaian yang teramatlah smart kerana dia bukanlah calang-calang orang, tetapi berpengalaman tinggi dalam mengimami beratus orang, juga khatam hafazan Qurannya. Dengan penuh yakin melontarkan bacaan dihadapan juri, namun sayangnya 'not accepted'. Tidak menjadi pilihan juri.

Apalah kiranya kita menerima sesuatu keputusan dengan redha... Walaupun hati rasa sakit, namun fikirkan hikmahnya. Bukan dengan meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan cara yang tidak berhikmah. Apabila menentang sesuatu keputusan dengan mengungkit jasa, kebolehan, kehandalan dan pengalaman diri, itu agak tidak rasional dan sudah timbul perasaan ujub dan riyak. Dengan itu, nyata sekali langsung tidak berguna ilmu yang disebut-sebutkan itu.

Bak kata bonda: Kerana itu dia tiada takdir untuknya diterima sebagai calon. Tertolak oleh takabburnya.

Menjadi imam bukanlah sekadar sedap bacaan, bertajwid betul, penuh ilmu di dada dan bijak bercakap di khalayak. Bahkan ia perlu kembali ke asal maksud perkataan tersebut, imam (ketua). Selain mempunyai ciri-ciri tersebut, ia juga perlu menjadi contoh teladan yang baik, akhlak yang baik, yang dapat dikongsikan akhlak tersebut bersama makmumnya... Wallahua'lam...


Apapun, good luck kepada semua peserta Imam Muda yang terpilih. Terutama org Johor.. Hahaha...

Hidup imam muda! Yang veteran pun hidup jugak! peace. (^-*)v

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...!

Pertama-tamanya, ucapan selamat hari guru kepada guru yang paling awal dalam hidupku, ibu bapaku. Tanpamu sebagai guru utamaku, tidaklah mampu ku kecapi kehidupan yang seperti ini pada hari ini. Sentiasa mendidikku dari seorang roh di dalam rahim ibu sehinggalah ke detik ini. Menjadi idolaku, sumber inspirasiku. Selamat hari guru mak dan abah..!

Seterusnya kepada guru-guru yang menjadi wasilah kesinambungan ilmuku dipupuk. Daripada Sekolah Tadika Yayasan Arqam Tadika Benut, kemudian singgah pula di Sekolah Kebangsaan Benut, disusuli Sekolah Menengah Tinggi Agama Maahad Pontian, diikuti Sekolah Menengah Agama Tinggi Maahad Johor, diselangi oleh MARSAH dan bukan yang terakhir, Universiti Sains Islam Malaysia.

Seterusnya selamat hari guru juga buat semua yang menjadi guruku secara tidak langsung. Termasuk juga sahabat-sahabatku. Tidak ku lupa pesan nabi yang bermaksud; sesiapa saja yang mengajarmu sesuatu walaupun hanya 'alif', maka dia adalah gurumu.

Dengan itu, kutitipkan sajak buat sekalian guruku...


Bisikan Hati Seorang Guru Tua

Di menara gading ini seorang guru tua
Menatang wajah ke awan biru
Melihat sandiwara hidup
Mengolak detik-detik khayalan
Kian terus membara
Penuh pahit
Penuh sengsara
Mencengkam anak-anak nan gagal mencipta
Memusnah membantut kreativiti anak-anak yang kurang bernasib ini
Berpusu-pusu bekerja melata apa saja
Cukup sekadar keperluan pakai, makan dan minum
Bukan apa!
Peningkatan ilmu yang dimamah
Tidak bisa menjadikan mereka selesa.

Di menara gading ini seorang guru tua
Menatang wajah ke awan biru
Mengharungi kepahitan terus-menerus
Tetapi bagi sekian lama pengorbanannya
Berdiri megah, berbaris segak ala tentera anak-anaknya
Bukan apa!

Ilmu di dada cukup sekadar membantu mereka
Mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta.

Di menara gading ini seorang guru tua
Menatang wajah ke awan biru
Kepinginan ia syurga impian dan idaman
Setelah sekian lama membasahi keringat
Muncul lagi anak-anaknya
Berjubah kemas segak
Berjaya melepasi tembok ini.

Terukir senyum kemenangan di wajah tua ini
Menara gagah itu menjadi saksi
Segala penat lelah
Menjernihkan bintik-bintik kejayaan
Menghapuskan ranjau derita
Ruang-ruang kepahitan terhapus sepi.
Kami tetap bersamamu
Jasamu dikenang
Ajaranmu menjadi panduan
Senyumanmu menggembirakan
Cebisan didikanmu menjadi pegangan
Bersemadi hingga akhir hayat.

Thursday, May 13, 2010

PERJALANAN HIDUP MANUSIA

Ketahuilah wahai manusia bahawa hidup di dunia tidak kekal lama bersama nikmat yang sementara.

KEHIDUPAN YANG MESTI MATI, DAN KEBANGKITAN DI HARI AKHIRAT YANG PASTI, JUGA KENIKMATAN SYURGA YANG DINANTI, SEMOGA KEHADIRAN KITA DIRAI, BUKAN DINAFI.
Berbahagialah bagi yang beriman dan sengsaralah bagi yang ingkar. Bersama-samalah kita meningkatkan amalan kita dan menambah bekalan demi menuju Syurga yang diimpi...

Looking for Volunteer..! Sukarelawan Pendakwah..!



Invitation to Volunteer in Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign

Anda berminat untuk menjadi pendakwah volunteer??

Cara yang paling mudah digunakan untuk berdakwah, hanya menggunakan email anda...!

Target utama bagi kempen dakwah ini adalah bagi golongan remaja.

Anda hanya perlu memforwardkan email yang akan diberikan kepada anda pada setiap minggu kepada seberapa banyak kenalan anda / senarai emel yang anda ada.

Emel yang akan diberikan setiap minggu mengandungi kandungan dakwah Islamiyah yang berbentuk sederhana dan tidak terlalu membebankan fikiran.

Ia sangat sesuai bagi remaja2 yang ingin mendapatkan pemahaman tentang Islam dan juga sangat sesuai bagi mereka yang baru hendak mengenali agama Islam.

Teks emel adalah berbahasa Inggeris. Sangat sesuai bagi pelajar yang ingin memantapkan bahasa Inggeris mereka.

Penulis emel tersebut adalah: Dr Adel Elsaie, United Kingdom.

Sedikit penerangan tentang penulis:
Beliau adalah seorang jurutera dan mempunyai degree didalam bidang jurutera. Namun disebabkan keprihatinan beliau terhadap remaja dan juga minat yang mendalam untuk menyebarkan dakwah Islamiyah, beliau meninggalkan bidang jurutera tersebut dan mula menceburkan diri di dalam bidang dakwah. Penerangan lanjut boleh merujuk pada website yg disertakan dibawah.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi volunteer, anda hanya perlu menjawab soalan berikut:
  1. Could you commit to this campaign for the sake of Allah? Can I send you email every week, and you send it to all list? Yes or no.

  2. Do you want me to publish your personal information, your name, language, email, and country? Yes or no.

Kemudian, hantarkan jawapan anda ke emel berikut:
Please email us at: "Dr. Adel Elsaie" <
usislamorg@gmail.com> . We welcome any comments or suggestions from you to make this campaign more effective and far reaching. Please write volunteer on the subject of your email.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini:
http://www.usislam.org/

Marilah kita menjadi orang2 yg berjaya..
فاؤلئك هم المفلحون
HIDUP BIAR BERJASA..